Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts
Thursday, November 22, 2012
Saturday, October 13, 2012
Lets learn about on how to determine our pain..
Salam 3laykum semua! ^_^
Harini kita akn berckp psl pain pulak...You guys tahu x yg pain generally kita rasa sewaktu serangan tiba2 (sudden attack) can indicates a lot of other acute or might be severe internal disease (penyakit dalaman)?
So, mcm mana nk tahu penyakit apa yg kita sdg kena & nk identify penyakit tu? Okay...let's learn...If you guys out there might experienced any one of these; saya prefer you guys to go to the nearest clinic and ask your doctor to do any screening test...
*Penyakit2 kritical ni boleh di"identify" kalau anda pernah rasa sakit dekat:
1)Cardiac pain
- referred(merujuk)to pain in : -retrosternal region(bahagian dada-dlm)
-base of the neck(leher)
-left shoulder, left arm & forearm
2)Esophageal pain(salur makanan)
- referred to pain in : -pharynx
-lower neck(atau bawah leher)
3)Gastric pain(perut)
-referred to pain in : -epigastric region to the right
-Right shoulder (if diaphgram
is intacted)-bahu kanan
4)Renal & Uteric pain(Hati & area pundi kencing)
-referred to pain in : -inguinal region
-testicle & scrotum
5)Uterine pain(pundi kencing itu sendiri)
-referred to pain in : -suprapubic region
-perineum
-lowerback(sakit tulang blkg)
6)Appendicular pain
-referred to pain in : -skin area around umbilicus
(pusat)
Dengan kata lain, kalau ada terasa pedih/sakit yg sgt2 sakit, lebih baik terus rujuk pada doktor... But then, kdg2, sakit ni jugak boleh refer kpd "angin bdn"...kalau ikut pepatah melayu... Overall, "PREVENTION IS BETTER THAN CURE"...kalau dah selalu kena dgn sudden attack ni dkt tmpat yg sama berkali2, eloklah jgn ditangguh and better terus berjumpa dgn doktor... okay..sampai sini saje! bye! salam3laykum ;)
Reference:Textbook of 2nd year Physiological department of Mansoura Faculty of Medicine
Extra Referee: http://medicscientist.com/chest-pain-differential-diagnosis
http://mykentuckyheart.com/information/ChestPain.htm
http://mykentuckyheart.com/information/ChestPain.htm
Friday, October 12, 2012
It's all about Udhhiyah (Qurban)...
Salam semua! sorry sgt2 sbb lama dah x update blog...berbulan2 dah..huhu..almakum, malas jadi sebab utama.. heee ^_^" okay, bersempena dgn Hari Raya Haji / Eidul-Adha yg bakal tiba, so i'm thinking about googling ttg qurban, haiwan, cara pembahagian dan fadhilat2nya.. Jom kita baca entri yg saya copy dari blog lain..jom!
FADHILAT QURBAN DAN AQIQAH
Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.
Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?
Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.
PENYEMBELIHAN QURBAN
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula?Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
HUKUM BERQURBAN
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Islam
- Merdeka (Bukan hamba)
- Baligh lagi berakal
- Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Tirmizi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
PERLAKSANAAN QURBAN
- Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
- Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
- Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
- Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
- Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
- Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
- Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."
HIKMAH DAN FADHILAT
- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
AQIQAH UNTUK ANAK
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.
Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).
Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.
HUKUM AQIQAH
- Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
- Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
- Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
- Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
- Anak lelai disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH
- Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
- Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:
1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)."Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)." (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).
2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
- Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.
- Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
- Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).
- Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.
- Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.
- Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.
QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI-RAMAI
Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua-dua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:
- Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
- Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
- Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).So, bila dah tahu ttg qurban dan fadhilat2nya, apa tggu lagi? jom simpan duit sikit2...manalah tahu nnt next year kalau panjang umur lagi, ada rezeki, bolehlah buat qurban...as animal savior utk nasib kita dekat mahsyar nnt..ye dak? ;) hoping that thn ni adalah rezki nnt... allahumma amin..^_^
senyum mcm kambing ni...kekekeke
Monday, June 4, 2012
5 days at home sweet home, Malaysia =)
Assalamualaikum...
Hai guys! It's already tuesday, 5th of June 2012... it's been 5days already at home since i safely arrived & touch down to Kuala Lumpur International Airport a.k.a KLIA...
It's been quite a good days spending the times at home..but it's quite a boring and, u know...we also a human though u know, we all are meds students, but we do have some enjoy life that we wanna spend together with the loved one... hurrmmm, but it's quite sad when normal people look at you that you are tooo "free"... The words "free" here i put ".." to show how i am actually not free at all.. means...MEDs=BOOKS...
U know...read...book, read...all the time, read!! 24th hours.. Read!!! that's what people always think about us..BUT! we are not at all bookworm! yes! we do necessary to read...but we are not machine... come on babe! we also wanna have freedom life... wanna have a break.... yes.. just like me... i spend my free time sometimes by blogging.. others do other things... so, different people, different ways, right? at least we got something benefits from what we do... hurmmm.... don't ever say, since i got back at home, i won't open my book..yes! i do... just read it yesterday... alhamdulillah...i can adapt myself to airplane post travelling jetlag...i just need 1day to recover fast...:) thanks god! feeling greatful.. but, however, i still feel, i'm staying at home quite bored...yes... when i think again, mEDs=boOkwORm...YES! that's the fact... & it's proven...
Just like this baby... sleep with book.. it's nice actually =)
nerdy like this worm ;) but it's cute! =)
so, i just googling up to search, & read back all about the anatomy(not mean that i am hardworking)- just to prepare myself from forgetting what i have already learnt before this...reviewing back about anatomy, physiology, all the arteries, the anatomical structures and reading little bit about 3rd year subjects- pharmacology & microbiology.. it's quite scary & feeling frustated when what you read before this though you just only forget it a little..but yet you still feel you're like a stupid person..but then, still don't give-up! try keep trying on... read, memorise & speak it again to test how's your brain functioning...
ok, here's some review that i need to remember (it's actually for my reading only, but i just wanna share it...for my reminder & my self-to-do note) =)
overview of the arteries of the head
cranial nerves & it's branches
arteries of the leg
muscles of the foot... source : http://anatomical-parts-of-the-body.anatomyandphysiologyss.com/foot-anatomy-bone/
actually, there's alot...these only some of the review...it's really nice to know your own body...quite complicated...but it's interesting...
So, the conclusion is :-
enjoy this song! =)
Study Maybe [Call Me Maybe Med Parody]
p/s:it's funny to listen to it...hu2..ok, enjoy! =)
till meet you guys in the next entry~~ ;)
Friday, January 6, 2012
السلام عليكم
Hai guys!!... I think it's been a long time since November 2011 we didn't chat yet... Feel like it seems dah lama & dah berhabuk blog ni rasanya... so, for today, i feel like wanna update some of my "recents activity... the latest one is my attachment day...
On that time, during last years' summer, i got a chance untuk deliver a normal delivery & got a chance to deliver the cute baby! ^_^
On that time, i really feel so excited... sbb one of the besic knowledge & preparations for medical student is experiences.. Kata org, nnt senang time nk kerja nnt... wah,,,on that time, only Allah knows how much i feel and see the pain of a mother utk melahirkan seorang anak... i feel so touch mak... thanks mak sbb lahirkan saya dkt dunia ni.. thanks for all the thought, bebelan, every marah2 tu, on that time, i feel really appreciated... sbb you can see a struggle between a die & life in front of your own eyes!.. terharu time tu...
Rasa nk nangis pon ada...*hu2, actually mmg dh nangis dh time tu... balik je dari attachment, i text my mom... wish kat mak,
Me: "Salam mak,mak apa khabar? rindunya dekat mak...rindu dekat ayah..
Mak sihat? mak, wah(gelaran saya dkt mak ^_~) nk ckp, thanks sbb
lahirkan wah.. thanks sbb sabar melayan kerenah anak2 mak yg berbagai
mcm ragam esp. anak mak yg sorang ni... thanks for all your sacrifices.. i
deep down cannot repay all of your kindness mak.. only Allah can repay..
truely mak deep down in my heart, i always love u mak..tQ mak! I won't
disaapoint you mak to see me graduate succefully...tQ mak! tQ :'( "
Mak: "Hurmm, yelah...xde pape tu..mak xnk pape, semua mak sama.. Cuma
nk tgk ank2 dia berjaya, membesar dgn sihat, jadi manusia yg berguna,
berjaya & jadi anak yg mnjdi mata hati penyejuk mata mak ayah...nnt
bsk bila mak&ayh dh xde[ok, ayat yg plg saya xsuka nk dgr dari mulut
mak ayah sendiri..sedih dgr :(] nnt, korg semua jelah harapan mak
ayah..jadi saham akhirat mak ayah nnt...Belajarlah sungguh2.. bkn utk
mak ayah je, tp utk diri engkau sendiri...[ok, yg ni mmg ayt yg plg
terharu skali...mmg rasa sebak time ni..xtipu..bygkn mak ckp dkt kita
mcm tu...]"
Me: "minta-maaf mak, halalkn segala2nya..doakn ank mak yg tgh
belajar ni..:') I'll do my very2 best for Allah & for you..YES! I won't play
anymore...TQ mak...:') "
To every moms out there, thanks for grow us up.. thanks for every of your advices.. walaupon kdg2 rasa "sakit hati+panas" je dgr nasihat tu, but we know, at least, with the 1,000,000 nasihat tu kami akn ingt sampai bila2 dn turunkan dkt generasi ank-cucu kami spya amalan + nasihat & pahala tu ttp mengalir sampai bila2... utk mak&ayah juga.. terima mak, ayah..=)
Time sesi pencerahan attachment round from one of our seniors yg kebetulan at the same time buat attachment jugak.. mmg bgs!
Ok, time ni 1st time saya msk ward. Rasa mcm dh clinical year student dah..
Mmg sgt cuak. 1st ward yg msk; RICU.. ada 4 critical patients.. Mmg sgt takut, nervous, risau + sedih sbb tgk atuk2 ni semuanya critical.. Mmg terharu tgk..sedih tgk dorg ni.. mana x nya, 1patient=7-8 penyakit.. Allah, mmg sgt sedih tgk...rasa insaf dibuatnya.. hargai masa sihat sblm sakit...
Antara sakit2 yg saya ingat, Breast cancer, jaundice, Heart failure, liver failure, ada sampai kena buat mastectomy, + byk lagi...saya xingt sbb x belajar lagi..mmg sedih tgk pakcik2 & makcik2 ni.. tp, saya dpt azam baru bila tgk patient2 ni, mesti semangat belajar+study, sbb kalau x, kita boleh menyebabkan kematian seseorang.. So, xkisahlah apa pon subjek yg anda pegang, berusahalah dgn sungguh2, setiap pekerjaan ada amanahnya...ok?
Dkt nephrology department...tgh ada biliary surgical..
O&G department..my 1st time sambut baby through normal delivery... Pict captured by one of my boys' groupmate.. dia takut nk tgk + segan sbb semuanya perempuan dkt situ... mmg rugi..*tp, paham je*
Ok...this is the baby girl.. I don't remember what's her name..but for sure, she is really beautiful as her mother..=)
*with kak sarah & kak farhana yg byk sgt tolong..byk ilmu+input yg dpt saya cedok dari dorang ni...thanks kak! =)*
Ok...this is the last pict...thanks for the reading and drop! please leave your comment..tQ! ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

















